BARBER

Terma & Syarat

Cuti Tahunan. Dikemaskini 23/10/2025
  • 8 hari untuk barber berkhidmat kurang dari 2 tahun.
  • 12 hari untuk barber berkhidmat antara 2 hingga 5 tahun.
  • 16 hari untuk berkhidmat lebih dari 5 tahun.

    Cuti tahunan adalah berbayar mengikut purata komisyen anda untuk tempoh perkhidmatan anda setiap hari,

    Bayaran = Purata komisyen X jumlah hari bercuti.

    Sekiranya cuti tidak ditebus, anda akan dibayar mengikut jumlah hari cuti yang tidak digunakan.

    Berkuatkuasa 23/11/2025
  • Kelengkapan dan alat gunting haruslah disediakan oleh tukang gunting.
  • Pihak syarikat akan menyediakan apa yang diperlukan berdasarkan penilaian sebagai sokongan.
  • Alat & kelengkapan boleh disewa dengan pihak syarikat.
  • Barber digalakkan untuk menggunakan peralatan sendiri untuk keselesaan.
    Berkuatkuasa : 20/10/2025
  • Fasa 1 : Permulaan bulan pertama akan dibayar dengan kadar 40% daripada jualan.
    Tambahan dengan tawaran istimewa mengikut keadaan semasa.
  • Fasa 2 : Bulan ke dua.
    Syarikat akan menawarkan 50% daripada jualan.
    Tambahan dengan tawaran istimewa mengikut keadaan semasa.

    Nota : Kegagalan mengikuti terma & syarat akan menyebabkan bayaran dikurangkan kepada 40%. Mengikut budi bicara pihak syarikat.
    Berkuatkuasa : 20/10/2025
  • “Barber” mestilah mendaftarkan ahli baru dibawah mereka sekuranya – kurangnya 10 ahli setiap bulan.
    Berkuatkuasa : 20/10/2025
  • “Barber” mesti memaklumkan kehadiran sehari sebelum melalui borang kehadiran online.
    Berkuatkuasa : 20/10/2025
  • Minimum jumlah jam kehadiran setiap hari adalah 5 jam.
    Berkuatkuasa : 20/10/2025
  • Kegagalan menghantar kehadiran dianggap tidak hadir.
    Berkuatkuasa : 23/10/2025
  • “Barber” mestilah menghantar laporan jualan dengan membuat invoice.
  • Kesilapan didalam menghantar laporan jualan akan dikenakan penolakan pembetulan oleh pihak pengurusan akaun sebanyak 5%.
  • Kegagalan menghantar laporan jualan harian akan menyebabkan bayaran tidak akan di bayar.
  • Kelewatan hantar laporan jualan akan dipotong 1.5% daripada jumlah jualan.
  • Laporan jualan mestilah dihantar sebelum jam 12:00 AM bagi jualan hari berkenaan.
    Berkuatkuasa : 20/10/2025
  • Jualan tunai / cash sales mestilah didepositkan kepada syarikat oleh barber berkenaan, merujuk kepada jumlah sales yang direkod.
    • Deposit mestilah sama ada melalui QR code, online transfer beserta dengan slip.
    • Deposit mestilah pada hari yang sama atau 1% daripada jualan akan di kenakan sebagai kos lewat masa untuk pengurusan.
      Kemaskini : 9/11/2025
  • Deposit jualan : Haruslah dibuat daripada akaun barber yang berdaftar, tidak boleh dibuat menggunakan akaun orang lain atau tumpang akaun. Mestilah menggunakan akaun komisyen diterima oleh syarikat.
    Kemaskini : 11/11/2025
  • Pemberhentian haruslah dengan 2 bulan notis sebelum oleh barber.
  • Pihak syarikat berhak memberhentikan barber dengan serta merta tanpa notis sekiranya menyalahi syarat & terma dengan tanpa bayaran sebagai ganti rugi.
    Berkuatkuasa pada 23/11/2025

Setiap barber akan dikenakan deposit perniagaan mengikut pengiraan dibawah :

Jualan 1 bulan pertama : 30% akan disimpan oleh syarikat secara berkala. Iaitu sebanyak 10% dalam bulan berikutnya.

Berkuatkuasa pada 23/11/2025

Pelanggan barber haruslah di bahagikan dengan nisbah atau kitaran 1:1.

Setiap invoice harian perlulah dilihat sama rata bagi membolehkan setiap barber mempunyai potensi ataupun kemajuan yang selari.

Kecuali barber yang diminta oleh pelanggan.

Dikemaskini 16/11/2025.

Borang Permohanan Kehadiran